Gambar Anak Robbie Williams : Tidak sabar untuk memperkenalkan anak perempuan yang baru dilahirkan, Robbie Williams telah mengambil keputusan untuk memuat naik gambar anaknya itu ke laman Twitter untuk dikongsi bersama peminat.
Bayi yang diberi nama Theodora Rose Williams itu adalah anak pertamanya dengan isteri, Ayda Field.
“Ini adalah pengalaman paling berharga buat diri saya bergelar sebagai bapa,” ujarnya menerusi laman sosial itu.
Theodora Rose Williams yang dipanggil dengan nama manja Teddy itu lahir pada 19 September lalu secara normal lalu walaupun isterinya diserang penyakit diabetes semasa hamil.

