PETALING JAYA - Seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin kini telah ditahan reman sehingga 23 September ini untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita yang berusia 21 tahun tersebut telah ditahan di rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.
Menurutnya, suspek yang bekerja di sebuah kilang sebagai operator pengeluaran tinggal bersama keluarganya.
“Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin serta keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
“Kita percaya bayi tersebut masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,”
Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu telah dicampak dari tingkat 3 melalui bahagian dapur rumah suspek.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk yang sedang membaiki motosikal terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan di kawasan tempat letak kereta pangsapuri berkenaan.
Menurut saksi, beliau menyedari ada terdengar bunyi benda jatuh namun tidak menyangka ‘benda’ tersebut adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.
Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi dibedah siasat dan siasatan kini dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian tersebut berlaku. – Info Terkini @ forblogger.net


{ 5 trackbacks }