Gambar Perkahwinan Anak Sultan Brunei

 

Gambar Perkahwinan Anak Sultan Brunei : Anak perempuan Sultan Brunei telah pun melangsungkan perkahwinannya pada 20.09.2012, dalam majlis pelbagai acara yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang.

Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, 32,  anak kelima daripada Sultan Brunei dan isterinya, Queen Saleha serta pasangan Hajah Hafizah, Pengiran Haji Muhammad Ruzaini, 29,  secara rasminya telah sah menjadi pasangan suami isteri di satu majlis yang diadakan di Dewan Istana Nurul Iman.

Perkahwinan pasangan tersebut berlangsung dalam Istana Diraja Brunei yang tersergam indah dan dikatakan mempunyai 1700 bilik! Kedua-dua pengantin bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan.

Puan Hajah Hafizah, yang mempunyai ijazah dalam pentadbiran perniagaan, bekerja sebagai seorang pegawai di Kementerian Kewangan, manakala Ruzaini pula merupakan seorang penjawat awam di Pejabat Perdana Menteri.

Sila layari gambar perkahwinan anak Sultan Brunei di bawah.

-Info Riadah @ forblogger.net

 

 

Leave a Reply