Gempar Janin Ditemui Di Tangga Kuarters KLIA

by MediaKini on 19 September, 2012

in Info Terkini

Share:

NILAI – Seorang kakitangan Jabatan Imigresen yang sedang menaiki tangga ke tingkat satu terkejut apabila menemui janin manusia di tangga tingkat 1 sebuah blok kuarters KLIA dekat Nilai semalam.

Saiful Nizam Abas, 40, berkata, dia ternampak janin tersebut ketika hendak keluar dari rumah berhampiran lokasi kejadian bagi mengambil seorang kanak-kanak yang dijaga isterinya.

“Sebaik sahaja membuka pintu rumah, saya terkejut melihat beberapa tompokan darah di atas lantai berhampiran tangga menuju ke tingkat atas.

“Saya ikut kesan tompokan darah tersebut sebelum terjumpa objek yang bergulung seperti janin manusia,”

Katanya, setelah memaklumkan perkara tersebut kepada jirannya, dan dia kemudian segera menghubungi polis.

Dia difahamkan oleh jururawat Klinik Kesihatan Kuarters KLIA yang tiba di lokasi bagi membantu siasatan, berdasarkan pemerhatian awal ia adalah janin manusia berusia dalam lingkungan 3 bulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Yusof Awang berkata, polis masih menyiasat kejadian tersebut dan sedang menunggu keputusan forensik dari Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.

Di minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-758 3222. – Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: