Guru Paksa Pelajar Perempuan Tanggal Pakaian

 

Guru Paksa Pelajar Perempuan Tanggal Pakaian : Seorang bekas guru prasekolah telah didakwa semalam atas kesalahan medenda secara melampau serta melakukan penderaan fizikal terhadap seorang muridnya berusia 5 tahun di dalam kelas.

Gambar Sekadar Hiasan

Guru Yayasan Komuniti PAP tersebut dikatakan telah menyuruh murid perempuan itu menanggalkan pakaiannya serta berdiri tanpa pakaian dihadapan kelas. Tertuduh dan mangsa tidak dinamakan atas alasan kes masih dalam siasatan.

Guru wanita yang berusia 25 tahun itu dituduh menggunakan kekerasan terhadap pelajarnya tersebut di dalam 3 insiden berasingan, 2 di bulan Julai tahun lepas dan sekali lagi pada bulan berikutnya.

Pada insiden bulan Ogos, kepala murid perempuan tersebut telah terhantuk pada papan putih setelah guru itu menghumbannya. Dalam 2 lagi kejadian, tertuduh dikatakan telah menolak murid tersebut sehingga terjatuh ke atas sebakul permainan.

Beliau juga didakwa menolak muridnya tersebut sehingga dahinya terkena rak kayu.

Semalam, guru wanita tersebut berhasrat bagi mengaku bersalah serta melantik peguam. Akhbar Straits Time difahamkan beliau telah dipecat pada tahun lepas dari sekolah berkenaan. - Guru Paksa Pelajar Perempuan Tanggal Pakaian 

 

Comments

Leave a Reply