Himpunan Sejuta Umat di Johor Jumaat ini

by MediaKini on 20 September, 2012

in Info Terkini

Share:

JOHOR BAHRU Selain Kuala Lumpur, Johor Bahru juga bakal bergema dengan kehadiran himpunan sejuta umat Islam yang bertujuan membantah berhubung  pembikinan serta penyebaran filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang mana telah menghina keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Himpunan itu akan diadakan di Masjid Taman Perling Johor Bahru, setelah solat Jumaat, 21 September ini.

Ketua Penerangan PAS negeri, Ghazaley Ayub, dalam kenyataan kepada media, turut memberitahu bahawa pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), berhubung perkara berkenaan pada Khamis ini.

“Kita akan meminta MAIJ mengeluarkan Khutbah Khas pada hari Jumaat ini, dan kita harap pihak yang berkenaan dapat mengeluarkan khutbah yang mengupas dengan lebih lanjut berhubung isu tersebut termasuk perkara-perkara yang berkait dengan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w..”

“Kita juga berharap mimbar Jumaat ini akan dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi menangkis serangan musuh-musuh Islam dengan memberi penjelasan yang terperinci untuk umat Islam berhubung perkara tersebut.”

Dalam pada itu, menurut beliau, PAS juga mengajak seluruh umat Islam di negeri ini serta semua parti politik serta Ngo bersama-sama pada himpunan berkenaan.

“Kita perlu menyeru seluruh umat Islam serta parti-parti politik termasuk Umno, menyertai himpunan tersebut kerana isu ini melibatkan umat Islam secara keseluruhan, tidak kira apa parti sekali pun, dalam konteks ini kita perlu membuktikan kesepaduan kita untuk menangani isu tersebut, justeru itu kita berharap Umno sudi bersama-sama bagi menyatakan bantahan terhadap pihak yang cuba menghina Islam khususnya Nabi Muhammad s.a.w..

Selanjutnya menurut Ghazaley, pihaknya juga akan menjemput beberapa rakan-rakan dari DAP bagi sama-sama pada himpunan tersebut.

“Selama ini DAP dilabel sebagai anti Islam maka bagi membuktikan dakwaan tersebut tidak benar, mereka juga akan turut serta pada himpunan tersebut nanti.”

- Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: