KUALA LUMPUR – Ifa Raziah menganggap penyingkirannya dari berlakon dan memegang watak penting dalam sebuah syarikat produksi adalah sebagai tiada rezeki.
Menurut laporan dari portal hiburan terkenal, Ifa sebelum ini telah ditawarkan dengan watak penting oleh sebuah syarikat produksi.
Khabarnya, ia telah dilakukan atas arahan pihak stesen televisyen (bukan Astro) dengan alasan kononnya Ifa gemuk dan dan tidak sesuai memegang watak berkenaan.
Dengan itu, Ifa dirasakan tidak sesuai untuk membawa watak tersebut. Ifa ternyata melahirkan rasa kesal dan sedihnya kerana isu fizikal dibangkitkan berbanding isu lain.
“Beginilah, saya anggap apa yang berlaku itu sebagai tiada rezeki. Saya tidak mahu tuding mana-mana pihak sekali pun tentang hal ini.
“Barangkali, ia memang bukan rezeki saya. Tapi, saya sedih kerana bentuk fizikal saya yang gemuk telah dijadikan isu,” kata Ifa.
Namun, Ifa tidak mahu melatah dengan isu seperti yang dialaminya sekarang. Dia mahu terus memandang ke hadapan dan berusaha menjadi anak seni yang terbaik.
“Saya akan terus memandang ke hadapan dan menerima semua ini sebagai sesuatu yang positif di dalam hidup saya.
“Malah, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat saya untuk terus bekerja sebagai anak seni di dalam industri ini,” katanya.


{ 1 trackback }