Isu Mizz Nina Berkaitan Minuman Keras Dibangkitkan

by MediaKini on 10 September, 2012

in Info Artis

Share:

Isu Mizz Nina Berkaitan Minuman Keras Dibangkitkan: Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu bahawa dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti itu dibangkitkan oleh segelintir pihak.

“Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September ini hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ke-3 saya terlibat dengan persembahan ini.

“Untuk majlis tersebut, saya hanya dijemput bagi mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.

“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi bagi buat persembahan serta tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu tersebut bangkit setelah dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.

“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster tersebut. Tapi, kenapa baru tahun ini isu hangat dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui serta bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya. - Isu Mizz Nina Berkaitan Minuman Keras Dibangkitkan

5.0

Previous post:

Next post: