Izreen Azminda Dan Riza – Baru Kahwin Dah Kena Berpisah

 

Izreen Azminda Dan Riza – Baru Kahwin Dah Kena Berpisah : Pasangan pengantin baru, Izreen Azmida dan suaminya Muhammad Riza walaupun baru berkahwin, tetapi terpaksa berpisah.

Izreen Azminda Dan Riza – Baru Kahwin Dah Kena Berpisah

Walaupun baru berkahwin, pasangan Izreen Azmida dan Riza terpaksa menerima hakikat apabila mereka terpaksa berpisah.

Itulah takdir yang melanda pasangan pengantin baharu, aktres Izreen Azminda dan suaminya, jurukamera, Muhammad Riza Baharudin atau Riza.

Selepas dinikahkan pada 30 Ogos lepas, pasangan ini sudah pun diuji apabila terpaksa berpisah selama 13 hari dek tuntutan kerjaya masing-masing.

Majlis Persandingan Izreen dan Riza

Izreen terbang ke Seoul, Korea Selatan kira-kira 24 jam selepas majlis persandingan pada sebelah malam 31 Ogos bagi mengikuti kru produksi untuk penggambaran drama bersiri, Julia.

“Pada pukul 11.30 malam 1 September (lalu) saya berangkat ke Korea Selatan. Tipu jika saya kata tidak sedih meninggalkan suami. Pertama kali kahwin dan baru mahu merasai hidup berumah tangga terpaksa ‘berpisah’,'” ujar Izreen.

Biarpun terpaksa melalui ujian getir itu, namun tanggal 30 Ogos 2012 sebenarnya telah menjadi detik istimewa dan bersejarah bagi pemilik nama Izreen Azminda Aznam.

Jika pada tahun-tahun sebelum ini, aktres yang penuh karakter ini menyambut hari lahir dengan hanya menerima hadiah seperti coklat, bunga dan anak patung, namun pada ulang tahun ke-27 pada tahun ini, ‘hadiah’ yang diperoleh amat berbeza dan istimewa.

Beberapa hari lalu, Forblogger turut menyiarkan gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Izreen dan Riza.

ARTIS MALAYSIA @ forblogger.net.

 

Leave a Reply