Izreen Azmindar Sah Milik Riza :Dengan sebanyak dua kali lafaz, pelakon Izreen Azmindar Mohd Aznam atau Izreen Azmindar, 27, kini selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang jurukamera produksi, Muhamad Riza Baharudin, selepas waktu Isyak, malam semalam.
Izreen Azmindar Sah Milik Riza
Izreen dalam pesanan ringkasnya (SMS) menerusi telefon bimbit bersyukur kerana semuanya berjalan lancer apabila dia kini sah menjadi isteri kepada Muhamad Riza Baharudin selepas dinikahkan oleh bapanya sendiri Mohd Aznam di Country Golf Resort, Jitra, Kedah.
“Alhamdulilah, semuanya berjalan seperti yang dirancang,” katanya dalam SMS ringkas.
Izreen yang menerima wang hantaran berjumlah RM19001.
Pada petang hari pernikahan Izreen, satu majlis khatam Al-Quran telah diadakan khas buat Izreen.
Kedua mempelai tersebut kemudian bakal diraikan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), City Alor Setar , Kedah pada hari ini, 31 Ogos, jam 8 malam.
Mula mengenali Riza,29, ketika menjalani penggambaran drama Tentang Dhia pada November lalu, Izreen telah menjalinkan hubungan rapat setelah dia dan Riza yang merupakan duda anak satu itu serasi.
Kemudian, tanpa menunggu masa yang lama, Izreen telah menerima kunjungan merisik daripada pihak lelaki pada 10 Disember 2011 sebelum melangsungkan majlis pertunangan yang hanya dihadiri keluarga dan teman terdekat pada 1 Januari lalu. - Izreen Azmindar Sah Milik Riza


{ 1 trackback }