Jalur Gemilang tidak akan ditukar kepada Sang Saka

by Black Hat on 3 September, 2012

in Info Politik

Share:
Jalur Gemilang tidak akan ditukar kepada Sang Saka Menjadi kemarahan rakyat: Risalah yang diedarkan semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka tempoh hari.

PETALING JAYA – Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) tampil untuk menyatakan pendiriannya pernah memberi idea menukar Jalur Gemilang, namun kibaran Sang Saka Malaya tidak menjadi penghalang.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Sang Saka Malaya dikibar bukan untuk menggantikan Jalur Gemilang tetapi sebenarnya menunjukkan penghayatan sejarah oleh golongan muda.

Menurutnya lagi, golongan yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ketika Himpunan Janji Demorasi lepas, hanya ingin mengingati sejarah dan sekali gus cintakan negara.

Eyriqazz Vs Denaihati

“… pendirian kami sebenar, taknak sokong tukar Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya tapi untuk kibarkannya tak ada masalah.

“Lagipun saya percaya golongan muda yang kibarkan Sang Saka Malaya tahu sejarah dan sayangkan negara,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini – POLITIK @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: