MILAN: Bekas penyerang Manchester United sendiri, Cristiano Ronaldo membuktikan kemenangan sulung Real Madrid dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan menjadi punca tewasnya juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 3-2 di Stadium Santiago Bernabeu, sebentar tadi.
Manchaster City mendahului dua kali dengan pasukan tuan rumah dikejutkan gol pembukaan di separuh masa kedua menerusi Edin Dzeko.
Namun Real Madrid bangkit menyamakan kedudukan menerusi Marcelo.
Kemudian City kembali di depan apabila tendangan percuma Alexsandar Kolarov menembusi gawang Real.
Kemasukan Karim Benzema nyata berbaloi apabila tendangan leretnya membolosi gol City menjadikan keputusan 2-2 sama.
Selang beberapa minit lagi perlawanan akan berakhir, Ronaldo melakukan sepakan kencang dari sudut kanan, berjaya mengelirukan penjaga gol City, Joe Hart untuk gol kemenangan Real.
Kemenangan itu nyata berharga buat jurulatih Real, Jose Mourinho apabila saingan Kumpulan D itu dipenuhi dengan kelab juara di Eropah.
Selain City, ianya juga disertai juara liga Belanda, Ajax Amsterdam dan juara Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund.


{ 1 trackback }