Jimmy Enggan Melafazkan Talak

by MediaKini on 1 September, 2012

in Info Terkini

Share:
Jimmy Enggan Melafazkan Talak :Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya telah mengarahkan pengacara dan pelakon,  Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy supaya membentuk satu jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Hakim Syarie Mohd Nurul Azhar Mohd Tohar telah memutuskan demikian setelah menolak permohonan interlokutari (permohonan dalam permohonan) yang difailkan Jimmy bagi membatalkan permohonan cerai yang difailkan isterinya, pada 25 Oktober lalu.
Dalam prosiding tersebut, Mohd Nurul Azhar berkata kes perceraian itu wajar diteruskan dan ia membabitkan isu berbeza.
Mohd Nurul Azhar berkata sekiranya Jimmy enggan melafazkan talak kepada Nursuhaila Eliani jawatankuasa  pendamai perlu diwujudkan.
Mahkamah juga turut menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh sebutan bagi tujuan tersebut.
Jimmy memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah Syariah pada 27 Januari 2011 manakala permohonan kembali taat difailkannya pada 3 Januari tahun tersebut dan kedua-dua kes itu kini di peringkat perbicaraan. Pasangan suami isteri itu bernikah pada 1 Oktober 2010. - Jimmy Enggan Melafazkan Talak
5.0

Previous post:

Next post: