Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi tengah malam ini di 14 buah ‘lokasi maut’ untuk mengesan pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata untuk fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera dipasang di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Perak, Selangor, Putrajaya serta Kuala Lumpur.
Lebih banyak kamera lagi akan dipasang di 817 ‘lokasi maut’ dalam fasa ke-2 yang menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan AES itu merupakan tindakan tegas kerajaan dalam mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.
“Kamera AES yang dipasang di ‘kawasan hitam’ atau lebih dikenal sebagai lokasi maut yang telah mencatatkan jumlah kematian tinggi,”
Solah berkata orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES menerusi laman sesawang JPJ di www.jpj.gov.my, serta pengguna boleh mengetahui mengenai zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan berhampiran. – Info Terkini @ forblogger.net

