Anak Sebagai Tukaran Rokok :Dalam memastikan bekalan rokoknya sentiasa cukup dan tidak perlu dibeli, seorang bapa telah menawarkan 4 anak perempuannya berusia 17 hingga 25 tahun tidur bersama lelaki hidung belang sebagai tukaran.
Lebih menjijikkan, kegiatan itu dilakukan di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini, malah ketika anaknya tidur bersama lelaki tersebut, bapa durjana berusia 53 tahun itu berada di situ sambil merokok.
Kegiatan tersebut yang berlarutan sejak dua bulan lalu itu, bagaimanapun hanya membabitkan rakan bapa durjana itu, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat anaknya akur perkara itu atau pun terpaksa melakukannya.
Bagaimanapun, kegiatan keji itu berakhir malam kelmarin, selepas rumah lelaki tersebut diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat sempena Ops Ambang Merdeka. – Anak Sebagai Tukaran Rokok


{ 8 trackbacks }