NEW YORK – Syarikat gergasi elektronik Amerika Syarikat (AS), menyatakan semalam bahawa jualan iPhone 5 mencecah lima juta unit selepas telefon pintar terbaharu itu dilancarkan pada hujung minggu lalu.
Apple dalam satu kenyataan berkata, sebahagian pelanggan terpaksa menunggu untuk memiliki gajet terbaharu tersebut ekoran jumlah permintaan kini melebihi bekalan.
“Permintaan untuk iPhone 5 menakjubkan dan kami sedang berusaha keras untuk membekalkan iPhone 5 kepada setiap pelanggan kami,” kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook.
Menurutnya, iPhone 5 mula dijual di AS, Australia dan beberapa negara lain pada Jumaat lalu.
Gajet pintar itu akan dijual secara serentak di 22 buah negara pada hari Jumaat ini.
iPhone 5 dijual pada harga bermula daripada AS$199 (RM611) untuk model berkapasiti 16 gigabit (GB) hingga AS$399 (RM1,225) bagi versi 64GB di AS.


{ 1 trackback }