Juara Akhir Perbahasan Piala Perdana Menteri 2012: Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya kelmarin telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-39 Sekolah Berasrama Penuh setelah menewaskan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban dalam kategori bahasa Melayu.
Bagaimanapun, SDAR yang dipilih sebagai juara bahas untuk kategori bahasa Inggeris selepas mengalahkan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.
Selaku juara, masing-masing mereka membawa pulang wang tunai RM4,000, piala iringan serta sijil penyertaan.
Dalam pada itu, Pembahas Terbaik kategori bahasa Melayu telsh dimenangi pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak, Muhammad Luqman Sufyan Junaidi manakala kategori bahasa Inggeris diraih Abdul Razaq Hazrin Fazail
Mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 serta piala iringan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud
Turut hadir, Pemangku Pengurus Besar Kanan Operasi Perbankan Bank Rakyat, Mustafha Abd. Razak dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sufaat Tumin. - Juara Akhir Perbahasan Piala Perdana Menteri 2012


{ 1 trackback }