Kanak-kanak 12 tahun mati lemas di lombong

by Black Hat on 22 September, 2012

in Info Terkini

Share:

BATU GAJAH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun telah ditemui lemas di sebuah lombong ketika sedang mandi bersama beberapa rakannya semalam berhampiran rumahnya di Jalan Bemban, Desa Harmoni.

Kanak-kanak 12 tahun mati lemas di lombong GAMBAR LAMA: imbas kembali insiden kanak-kanak lemas di lombong Lake Ville 21 februari lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Shahrun Anuar Abdul Latif berkata, unit penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menemui mayat Mohd Danial Al-Aris Abdul Talib pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Siputeh pada jam 10.20 malam tadi.

Mayat kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama tiga rakan sebayanya pergi ke lombong yang jaraknya 200 meter daripada rumahnya pada jam 5.35 petang semalam.

Ketika mereka sedang mandi, mangsa dikatakan telah tenggelam kerana gagal berenang manakala tiga rakannya cuba membantu tetapi gagal lalu meminta bantuan penduduk kampung berhampiran.

Polis yang menerima maklumat kejadian itu telah mengadakan operasi mencari  dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat dan mayat mangsa ditemui di dasar lombong berkenaan. -Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: