Kanak-kanak 9 tahun dicabul datuk tiri

by Black Hat on 22 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Kanak-kanak 9 tahun dicabul datuk tiri

JERANTUT  - Seorang lelaki warga Indonesia telah ditahan selepas dipercayai mencabul cucu tirinya yang berusia sembilan tahun.

Kejadian itu berlaku di rumah nenek mangsa dekat Felda Sungai Tekam di sini.

Menurut Supritenden Azid Ismail, Ketua Polis daerah Jerantut, kejadian tersebut telah dimaklumkan kepada ibu mangsa,32, yang pulang ke rumah oleh abangnya yang berusia 12 tahun rumah berkenaan sebelum laporan polis dibuat semalam.

“Ibu kedua-dua beradik itu bekerja di Kelantan manakala mereka tinggal bersama neneknya di sini. Dipercayai kejadian berlaku sejak Jun lepas,”

katanya di sini hari ini.

Azid berkata, suspek berusia 40-an telah berkahwin dengan nenek mangsa, berusia 50-an sejak 13 tahun lepas dan bekerja sebagai penoreh getah.

Azid turut memberitahu suspek telah ditahan pihak polis di rumahnya pada pukul 3 petang semalam dan kini ditahan reman selama empat hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut bagi membantu siasatan. - Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: