Kanak-Kanak Meninggal Tertusuk Buluh Dikepala

by Harian Malaya on 5 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Kanak-Kanak Meninggal Tertusuk Buluh Dikepala : Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia kerana buluh terjatuh dan tertusuk buluh di kepalanya.

Kanak-Kanak Meninggal Tertusuk Buluh Dikepala

“Saya terdengar bunyi objek terjatuh sebelum terkejut melihat buluh terpacak di kepala kanak-kanak yang berada di tingkat bawah.”

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang terjatuh dari sebuah rumah di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di sini.

Sebelum kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 malam Ahad lalu, mangsa Muhammad Alias Che Samad, 4, bersama bapanya, Che Samad Che Omar (gambar kecil), 51, turun dari rumahnya di tingkat dua untuk pergi memanggil kakak nya yang berusia lapan tahun yang dikatakan bermain di taman permainan berdekatan rumah supaya pulang.

Bagaimanapun, ketika berada di tempat letak motosikal di tingkat bawah flat setinggi 17 tingkat berkenaan, secara tiba-tiba sebatang buluh penyidai pakaian milik sebuah keluarga yang tinggal di flat itu jatuh menimpa kepala Alias.

Buluh tersebut sepanjang dua meter tersebut tertusuk kepala mangsa. Tusukan itu sedalam kira-kira lima sentimeter.

Alias didapati cedera parah dan koma sebelum anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia pada pukul 3 petang semalam di HSA di sini.

Budak Maut tertusuk buluh Che Samad menunjukkan laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Difahamkan buluh tersebut terjatuh dari tingkat 12. Mengimbas kejadian itu, Che Samad berkata, sebelum kejadian arwah berjalan di depan manakala dia mengekori kira-kira satu meter dari belakang anaknya itu.

“Entah bagaimana, secara tiba-tiba sebatang buluh terjatuh mengenai anak saya sebelum buluh tersebut tertusuk kira-kira lima sentimeter di belakang kepala arwah.

“Alias yang berlumuran darah terus pengsan menyebabkan saya yang panik terus membawa arwah ke hospital dengan menaiki motosikal,” kata Che Samad ketika ditemui di Rumah Mayat HSA.

Che Samad berkata, arwah terpaksa dibedah sejurus dimasukkan ke hospital sebelum ditempatkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga dia menghembuskan nafasnya semalam.

Berita Terkini @ forblogger 

5.0

Previous post:

Next post: