WASHINGTON – Dua anggota Marin Amerika Syarikat (AS) dihadapkan ke Mahkamah Tentera bagi menghadapi tuduhan membuang air kecil ke atas mayat pejuang Taliban di wilayah Helmand, Afghanistan, Julai tahun lalu.
Joseph W Chamblin dan Edward W Deptola turut dituduh membenarkan aksi mereka dirakam bersama mangsa korban, manakala dua lagi anggota dikenakan tindakan disiplin.
Video tersebut tersebar meluas awal tahun ini di internet dengan menyaksikan empat individu memakai seragam tentera AS, membuang air kecil ke atas tiga mayat dan sedar perbuatan mereka sedang dirakam.
Akibat dari penyebaran video berkenaan, ianya turut mencetuskan kemarahan rakyat Afghanistan termasuk presidennya, Hamid Karzai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan menjijikkan.
Pegawai penyiasat tentera berkata, Ogos lalu, kesemua mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan ke atas video terbabit.
“Mereka menghadapi hukuman dalam tentera seperti penurunan pangkat, penambahan beban kerja dan tidak boleh terlibat dengan tugasan di luar kem,” katanya.
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA


{ 1 trackback }