Kereta Rasmi Timbalan Menteri Dibakar

by MediaKini on 19 September, 2012

in Info Terkini

Share:

KLANG - Polis kini berjaya menjumpai semula kereta rasmi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun yang telah dicuri pada 2 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd. Shukor Sulong berkata, kereta yang digunakan oleh timbalan menteri terbabit bagaimanapun ditemui dalam keadaan rentung di Bukit Kapar pada Sabtu lalu.

“Kereta Proton Perdana Executive tersebut ditemui terbakar di Jalan Akob dan kereta tersebut hangus tetapi dari pemeriksaan nombor chasis dan enjin mendapati ia kenderaan yang digunakan beliau,”

Kereta rasmi timbalan menteri itu telah dilaporkan dicuri pada 2 Jun lalu di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor. Mohd.

Shukor berkata, kereta tersebut ditemui setelah pihak polis serta bomba mendapat maklumat orang awam mengenai sebuah kereta terbakar di Jalan Akob pada jam 7.30 malam. – Info Terkiniforblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: