Kes Khalwat Beego Di Tangguh 4 Disember 2012 : Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menangguhkan sehingga 4 Disember ini keputusan representasi kes khalwat membabitkan pelakon dan penyanyi, Beego atau nama sebenarnya, Md Aszerul Nizam Abdullah, bersama dua rakan lelaki.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menetapkan tarikh itu selepas peguam Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya memfailkan permohonan berkenaan pada 14 September lalu.
Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu setakat prosiding semalam pihaknya belum menerima sebarang dokumen daripada peguam dan selepas mendapat dokumen itu, ketua pendakwa syarie memerlukan masa meneliti dan membuat keputusan representasi.
Serangan Bukit Lembu, Ibu Terbunuh Selamatkan Anak
Pihak akhbar sebelum ini melaporkan pada 8 Mei lalu, Beego, 32, serta dua pekerja swasta, Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad, masing-masing berusia 20-an, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkhalwat.
Dilaporkan, dua kenalan wanita mereka, Azlina Yazit@Aziz dan Hadijah Mohamad Mohar didenda RM3,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan tiga tertuduh lelaki itu.


{ 1 trackback }