Babak terakhir Kau Yang Terindah terdapat sedikit kontroversi, apabila penonton mula melontarkan persoalan dalam babak pegang tangan depan kaabah oleh Neelofa dan Nazim Othman yang berlakon dalam cerita tersebut.
Seandainya benarlah babak tersebut yang mana, Neelofa pegang tangan Nazim itu berlaku depan Kaabah , memanglah tidak patut sama sekali, kerana mereka bukanlah pasangan suami isteri yang sah.
Pengarah filem tersebut Erma Fatima menjawab mengenai babak akhir Drama Kau Yang Terindah di mana terdapat scene Neelofa berdoa dan kemudian dia memegang tangan Nazim Othman, sewaktu Firman muncul, hendak menunjukkan dia adalah pilih untuk bergelar ‘suaminya’.
Sama ada betul dibuat di tanah suci atau di tempat lain berikut jawapan Erma dalam twitternya.

Erma Fatima menjawab pertanyaan serta persoalan mengenai babak Neelofa pegang tangan Nazim Othman itu di twitternya. Kata Erma semua babak tidur sekatil serta pegang tangan itu dibuat di KL dan bukannya di Mekah.



{ 2 trackbacks }