TIDAK tahu apa silapnya kali ini, tetapi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan agar pasangan selebriti yang berlakon dalam filem “Untuk Tiga Hari” ini segera merujuk kepada Jabatan Agama Islam.
Menerusi laporan akhbar Utusan edisi 23 September, difahamkan nasihat ini timbul ekoran lafaz cerai Rashidi Ishak terhadap Vanidah Imran ketika mereka berdua berlakon didalam filem arahan pengarah, Afdlin Shauki.
“Ia secara tidak langsung umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah. Justeru itu, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.”
ujar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menerusi akhbar tempatan berkenaan.
Sehubungan itu kami mengambil inisiatif untuk mendapatkan babak berkenaan, namun kami berasa ini adalah salah faham pihak-pihak tertentu lalu keluarnya nasihat ini. Kami mengatakan ianya salah faham kerana tonton sedutan filem tersebut menerusi pautan link [Video trailer Untuk 3 Hari] ini.
Pihak kami tidak mendapati Rashidi berdialog melafazkan cerai yang ditujukan kepada Vanidah dalam Trailer pendek berkenaan. Mungkin babak lain atau juga hanya salah faham antara Utusan yang memohon ulasan.
Pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah diijabkabulkan pada 1 Oktober 2000.
Update – Vanidah Tegas Tidak Jatuh Talak – Isu Filem Untuk 3 Hari
- Info Artis @ foblogger.net


{ 4 trackbacks }