Lagi Tokoh Korporat Umno Sabah Keluar Parti

by MediaKini on 15 September, 2012

in Info Politik

Share:

Lagi Tokoh Korporat Umno Sabah Keluar Parti: Tokoh korporat Umno Sabah Ibrahim Menudin hari ini telah mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti Melayu tersebut, sekali gus menyatakan bahawa sokongannya terhadap pembangkang.


Mengumumkannya dalam acara bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan, beliau berikrar memberikan kesetiaan kepada PKR.

Perkara tersebut telah disahkan Naib Presiden PKR Tian Chua di akaun Twitter miliknya hari ini.

Ibrahim – antara pemimpin perintis yang membawa masuk Umno ke Sabah – berkata, beliau meletakkan jawatan ekoran wabak rasuah yang berlaku dalam parti.

Ibrahim ( gambar) bertugas sebagai pengerusi di Suria Capital Holdings Berhad – pemilik penuh Sabah Ports Sdn Bhd, yang menguruskan kesemua 8 pelabuhan di Sabah.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai bendahari Umno Sabah. - Lagi Tokoh Korporat Umno Sabah Keluar Parti

5.0

Previous post:

Next post: