Lawak Ke Der? 2 Bakal Dipentaskan: Lawak Ke Der? Musim ke-2 sudah terjual, 2 minggu sebelum persembahan komedi ini menaikkan tirainya di Istana Budaya.

“Saya mengharapkan agar kutipan kali ini mampu pecah panggung serta lebih baik dari Lawak Ke ,Der? 1,” kata Ketua Pengarah IB,Datuk Juhari Shaarani sewaktu sidang media Lawak Ke,Der? 2 baru-baru ini.
Mungkin sambutan menggalakkan ini dapat memberi satu sinar kepada kesuraman calendar Istana Budaya tahun ini dengan khabar 7 program yang telah menarik diri.
Menurut sumber Istana Budaya, mereka yang menarik diri kebanyakkannya kali pertama mencuba nasib di Istana Budaya dan kehijauan mereka mungkin menjadi penyebab.
Namun, Istana Budaya nampaknya boleh terus menggantung harap pada syarikat seperti NRG Enterprise yang menerbitkan Lawak Ke Der? 2 yang terbukti dapat menarik minat penonton sejak Lawak Ke Der? yang pertama.
Masih mengekalkan pelawak-pelawak Lawak Ke Der? Harith Iskander, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Johan, Zizan serta Nabil selaku pengacara. Osbon yang muncul dalam Lawak Ke Der? tidak tersenarai dalam gandingan kali ini, demi membawa sedikit perubahan.
Datuk Juhari turut berharap agar para pelawak bagi menyelitkan mesej-mesej yang mampu memberikan teladan kepada penonton. Ini kerana penggunaan bahasa dan aksi mereka memainkan peranan yang penting kerana persembahan tersebut akan ditonton oleh pelbagai peringkat umur.
Para pelawak bakal menggunakan jenaka yang berbeza jika dibandingkan dengan Lawak Ke,Der? yang pertama. Malah, Johan dan Zizan (Jozan) mengaku masih dalam proses mengumpul idea-idea kreatif bagi tatapan penonton.
“Kami masih di dalam proses perbincangan bagi menghasilkan pelbagai jenaka kreatif bagi penonton. Kelainan yang cuba ditonjolkan mungkin berbeza kerana sebelum ini ada yang semput kerana ketawa jadi kali ini kami fokus hingga penonton ketawa sehingga barah dan pendarahan rahim,” ujar Zizan dalam nada jenaka.
Manakala Harith Iskander atau popular dengan gelaran “ The King Of Malaysian Comedy” mengaku, bukan mudah bagi membuat persembahan solo kerana penonton sudah ada sesuatu yang mereka jangka atau harapkan.
Lawak Ke,Der? 2 dipentaskan pada 28,29 dan 30 September serta 1,2 dan 3 Oktober. Tiket boleh didapati menerusi www.ticket2u.biz atau hubungi
03- 41478600 . - Lawak Ke Der? 2 Bakal Dipentaskan

{ 1 trackback }