Lebih 3 kali, tidak boleh jadi Wali – Ustaz Fathul mohon Dalil & Nas

by Black Hat on 13 September, 2012

in Info Agama

Share:

Lebih 3 kali, tidak boleh jadi Wali - Ustaz Fathul mohon Dalil & Nas

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta Abby Abadi yang mendakwa bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali supaya mengemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum yang dikeluarkannya itu.

Pengerusinya, Ustaz Fathul Bari ketika dihubungi wartawan berkata, bukti dari sumber yang kukuh diperlukan agar kenyataan tidak boleh menjadi Wali itu terbuksi benar dan tidak tergelincir dari fahaman sebenar.

Menurutnya lagi, ia bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sesat kepada individu-individu tertentu.

“Wali sebenarnya bukan dipetik oleh manusia tetapi ia adalah pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri Wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

“Demikian, beliau harus bertanggungjawab tunjukkan dalil dan nas Al-Quran yang menyatakan kenyataan itu (lelaki berseluar pendek lebih 3 kali) tidak boleh menjadi wali, adalah memang bukan rekaan”

kata Ustaz Fathul di sini hari ini.

Kata Ustaz Fathul, seseorang lelaki yang memakai seluar pendek itu sememangnya mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian auratnya.

Namun, beliau menegaskan, setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa termasuklah alim ulamak dan juga Wali.

“Setiap anak Adam itu besifat khilaf dan tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Jika begitu, andai melakukan dosa kecil sebanyak tiga kali, sudah tak layaklah Allah jadikan pilihan-NYA sebagai Wali? Bagaimana sekiranya dia bertaubat selepas telah tiga kali memakai seluar pendek? Jadi, keadaan itu semua adalah penentuan oleh Allah S.W.T mengenai siapa yang yang dekat di sisi Allah S.W.T.

“Namun, seseorang lelaki itu boleh jadi Wali selama mana tidak melakukan dosa yang besar, tidak terkeluar dari Islam, tidak ada kekhilafan dan adalah memang pilihan Allah,”

katanya lagi.

Justeru itu, Ustaz Fathul juga menasihati orang ramai untuk melakukan kajian telus ketika berbicara memberikan hujah mengenai ilmu Islam dan hukum kepada umum.

“Minta berhati-hati dalam mengulas isu ini. Kita boleh dapatkan pendapat dari golongan ilmuan dan ulamak yang arif supaya tidak tidak menjadi yang sebaliknya,”

tambahnya. – INFO AGAMA @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: