Lelaki berpura-pura ziarahi pesakit diberkas kerana mencuri

by Black Hat on 24 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Lelaki berpura-pura ziarahi pesakit diberkas kerana mencuri
KUANTAN: Lelaki yang berpura-pura datang menziarahi pesakit di Hospital Jerantut, diberkas polis selepas cuba mencuri sebuah motosikal Honda Ex5 milik petugas hospital si situ, semalam.

Dalam kejadian pada jam 1.45 pagi itu, seorang pengawal keselamatan berusia 30-an, yang sedang membuat rondaan terserempak dengan dua lelaki mencurigakan sedang berjalan menuju ke kuarters petugas hospital berkenaan.

Sementara itu Superintendan Azid Ismail (Ketua Polis Daerah Jerantut) berkata, pengawal terbabit kemudian mengekori dengan jarak beberapa meter sebelum melihat seorang daripada lelaki itu sedang cuba membuka kunci motosikal berkenaan.

“Pengawal terbabit menyergah dua lelaki berkenaan sebelum berlaku pergelutan dengan seorang daripada suspek,”

katanya ketika dihubungi wartawan di sini, hari ini.

Menurutnya, pengawal berkenaan dapat menahan seorang daripada lelaki terbabit manakala rakan kepada suspek itu melarikan diri.

“Dua anggota polis peronda yang tiba di tempat kejadian menahan suspek dan dibawa ke Balai Polis Jerantut untuk siasatan. Hasil pemeriksaan, polis telah menemui sejenis anak kunci yang diubahsuai untuk menghidupkan enjin motosikal,”

katanya.

- Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: