Lima lagenda rock bakal bersatu: Lima kumpulan rock tanahair iaitu Wings, Lefthanded, XPDC, May dan Rusty Black bakal mengegarkan pentas julung kalinya pada oktober ini bertempat di Bukit Kiara Equestrian Park pada 4 petang hingga 12 tengah malam.
Dengan penggabungan otai-otai dalam empayar rock tempatan ini bakal melakarkan sejarah dalam industri muzik tempatan tanah air.
Bakal diadakan pada 20 Oktober nanti, Festival muzik ‘Malaysian Rock Fest 2012′ akan mengembalikan nostalgia ketika zaman-zaman kegemilangan kumpulan rock legenda tersebut.
Menurut penerbit eksekutif, Solih Toha, festival rock ini bertujuan untuk mengembalikan kenangan kepada lagenda-lagenda rock serta para peminat.
“Kesemua otai-otai rock ini bakal disatukan di atas satu pentas bagi mengembalikan kenangan-kenangan zaman kegemilangan mereka. Manakala Bukit Kiara pula dipilih sebagai lokasi kerana begitu sinonim dengan konsert-konsert rock,”
katanya.
Selain menampilkan gitaris terbaik negara iaitu Joe Wings, Izo, Abu, Man Kidal dan Khalid Mobin, festival rock ini juga turut menampilkan pemain drum terbaik iaitu Black, Ezan, Lola, Man Dayak dan Man.
Bagi meeka yang ingin menyaksikan Festival rock ini, tiket-tiket boleh didapati di talian Ticket2u menerusi talian 03-41478600 dan 019-2111600.- Info Artis @ forblogger.net


{ 1 trackback }