PUCHONG – Sebuah premis rumah urut di Bandar Puteri yang turut menawarkan khidmat mandi buih kepada pelanggannya lumpuh apabila kegiatan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT).
Seramai 10 wanita warga Vietnam, enam pelanggan dan seorang pekerja dicekup dalam serbuan yang dilaksanakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)itu.
Dikatakan tukang urut warga asing terbabit sedang asyik memandikan pelanggan mereka dalam keadaan berbaring di dalam bilik mandi yang berada di setiap ruang dipisahkan dengan dinding ketika serbuan dilakukan.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, antara empat premis yang diperiksa, didapati tiga daripadanya mematuhi syarat dan notis dikeluarkan pihak majlis seminggu sebelum ini.
Katanya pihaknya melakukan pemantauan setelah tempoh notis tamat dan bertujuan supaya pengusaha premis mematuhi syarat lesen.
Beliau berkata, ketika serbuan ke atas sebuah premis pusat penjagaan kesihatan yang kononnya menjalankan perkhidmatan urutan mendapati pengusaha premis tersebut gagal mempamerkan lesen perniagaan yang sah.
“Premis ini menawarkan harga dari RM150 sedangkan kebiasaannya pengusaha hanya menawarkan kadar khidmat urutan sebanyak RM40 hingga RM50.
“Pengusaha premis itu juga didapati menawarkan aktiviti mandi buih dalam keadaan bogel kepada pengunjung,”
katanya.
Pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis itu dan kesemua mereka yang ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA

