MASAI: Seorang pemuda mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki manakala telefon bimbit jenis Nokia miliknya pecah selepas dibelasah dua perompak yang bersenjatakan parang ketika menunggang motosikal di Taman Bukit Rinting di sini semalam.
Sebelum kejadian pada sekitar pukul 1 pagi, mangsa, Abu Syed Sulaiman yang berusia 23 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kota Puteri sebelum sebuah motosikal dinaiki dua lelaki menghimpit motosikal mangsa dari belakang.
Sebelumnya, mangsa yang bekerja sebagai kelindan lori baru menghantar seorang rakannya pulang ke rumah di taman tersebut.
“Ketika itu, saya sedang menunggang motosikal di kawasan berbukit. Disebabkan saya enggan berhenti, salah seorang perompak itu mengacukan parang ke leher saya sebelum motosikal saya ditendang oleh mereka.
“Sebaik saja saya terjatuh bersama motosikal, kedua-dua perompak berkenaan terus menyeluk poket seluar saya dan merampas telefon bimbit dan dompet saya, tidak cukup dengan itu saya turut dibelash”
kata anak muda itu ketika ditemui wartawan di rumahnya di sini.


{ 1 trackback }