Maut Sewaktu Mendaki Gunung Kinabalu

RANAU – Impian seorang lelaki untuk menawan puncak Gunung Kinabalu tidak kesampaian apabila dia ditemui mati di Kilometer 3.6, Mesilau, dipercayai cuba mendaki gunung tertinggi Asia Tenggara itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, mangsa, Mohd Yusuf Sarip, 51, dari Kuala Lumpur dikatakan sedang menyertai rombongan mendaki gunung tersebut awal pagi berkenaan.

Dia adalah individu terakhir daripada 42 peserta rombongan yang memulakan pendakian dari Mesilau ke puncak gunung tersebut kira-kira jam 9 pagi.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan telah terpisah daripada rombongannya dan telah ditemui dalam keadaan tidak bernafas oleh jurupandu kumpulan pendaki lain.

Sewaktu ditemui, lelaki tersebut cuba diselamatkan jurupandu dengan melakukan bantuan pernafasan hampir 30 minit, tetapi dia tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Mangsa kemudian dibawa turun serta dihantar ke Hospital Ranau.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, pihaknya mengesahkan laporan tersebut.

“Mangsa ditemui telentang serta tidak bernafas di laluan di Mesilau oleh jurupandu yang baru sampai di laluan tersebut,”

Dalam pada itu satu kejadian lain, seorang lelaki warga emas yang melawat Kolam Air Panas Poring meninggal dunia setelah sesak nafas.

Mangsa, Hari Singh Sarban Singh, 72, antara peserta rombongan sebuah pertubuhan dari Pulau Pinang yang melawat pusat rekreasi tersebut.

Mangsa yang sedang dalam perjalanan jam 2 petang ke kanopi rombongannya tiba-tiba rebah serta sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia.

Rahman berkata, kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Info Terkini @ forblogger.net

One thought on “Maut Sewaktu Mendaki Gunung Kinabalu

Leave a Reply