Mayat Ditanam Hanya Berseluar Dalam

by MediaKini on 10 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Mayat Ditanam Hanya Berseluar Dalam: Misteri penemuan cebisan pakaian, kasut serta jam tangan yang hangus terbakar di Bukit Belata, Sungai Sabai, Kalumpang petang kelmarin terjawab apabila polis yang menjalankan pemeriksaan telah menemui satu ‘kubur’ di lereng bukit hutan tersebut.

Gambar Sekadar Hiasan

Difahamkan, hasil penemuan kubur sedalam 60 sentimeter itu menyebabkan pasukan polis yang menjalankan siasatan menggalinya sebelum menemui satu mayat reput hanya berseluar dalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mayat terbabit dipercayai milik seorang lelaki berketinggian kira-kira 175 sentimeter dan dipercayai ditanam lebih dari seminggu lalu.

Norel berkata, penemuan tulang tersebut dimaklumkan oleh pemilik tanah berkenaan kira-kira jam 3 petang kelmarin sewaktu membersihkan kawasan tanahnya.

Menurutnya, pengadu memberitahu menemui 2 tulang tangan yang timbul di permukaan tanah setelah dipercayai dikorek binatang buas. - Mayat Ditanam Hanya Berseluar Dalam

5.0

Previous post:

Next post: