Media Britain sifatkan imej Kate di M’sia imbas memori Diana

by Black Hat on 15 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Media Britain Sifatkan Imej Bertudung Kate Di M’sia Imbas Memori Diana

LONDON - Umum mengetahui bahawa ketika ini Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton sedang berada di Kuala Lumpur.

Mereka hadir ke Malaysia bagi melaksanakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Putera William dan Kate telah melawat ke Masjid Assyakirin, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan jemaah Islam seramai 12,000 orang, semalam.

Menarik perhatian Media dan rakyat Britian, apabila penampilan Kate dalam lawatan mesra itu secara tidak langsung mengimbas kembali memori mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana pada 20 tahun yang lalu.

Kate tampil mengenakan gaun berwarna kelabu cair dengan memakai selendang sewaktu masuk ke dalam masjid di bandaraya Kuala Lumpur itu.

Penampilan Kate itu disifatkan mereka sama dengan penampilan mendiang Puteri Diana, semasa ibu mertuanya itu mengadakan lawatan ke sebuah Masjid di Egypt pada tahun 1992.

Disifatkan, Kate telah menunjukkan rasa hormat dan sensitiviti umat Islam sama seperti yang ditunjukkan oleh mendiang Puteri Diana.

Media-media Britain seperti Dailymail.co.uk dalam liputannya menyifatkan Kate mempunyai ciri-ciri seperti mendiang Puteri Diana terutama sewaktu mengenakan tudung di Masjid Assyakirin, Kuala Lumpur itu.

Oleh: NAIMAH SHAARI -Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: