Mengaku bukan gay

by Black Hat on 22 September, 2012

in Info Artis

Share:

Mengaku bukan gay

Mengaku bukan gay: Amran Ismail menjawab kontroversi yang sedang melanda dirinya yang dikatakan gay. Jejaka berusia 27 tahun ini pada mulanya tidak mahu terus dibelenggu dengan kisah tidak benar itu, namun setelah lama berlalu dia akui kontroversi ini meninggalkan kesan yang agak mendalam buat kariernya.

Amran berkata dia sendiri hairan bagaimana namanya boleh dikaitkan dengan aktiviti cinta songsang bersama seorang lagi rakan artis iaitu Anding. Amran memberitahu bagi mengelakkan diri terjebak di dalam kontroversi yang sama maka dia kini mengambil langkah lebih berhati-hati.

“Saya tidak akan sesekali melakukan hal sebegitu kerana saya tahu apa yang betul dan apa yang salah.”

“Saya dengan Anding kenal sebagai rakan ke gimnasium. Mungkin hubungan baik kami di salah ertikan,”

katanya ringkas.

Amran memberitahu sehingga kini dia masih dipandang serong sebahagian masyarakat kerana tempias daripada kontroversi itu. Namun dia bersyukur kerana mempunyai peminat yang setia menyokong kariernya. Amran turut memberitahu bahawa dia juga sama seperti lelaki lain mempunyai naluri untuk mempunyai keluarga sendiri tambahan lagi dikala umurnya semakin meningkat kini.

“Saya juga mahu mempunyai keluarga sama seperti lelaki lain. Tapi buat masa ini saya masih belum mempunyai teman wanita. Mungkin berkat doa peminat semua saya akan bertemunya,”

katanya berseloroh.

Disentuh soal kariernya pula, menurut Amran dia kini sedang sibuk menyiapkan sebuah telemovie terbitan stesen televisyen di Brunei.

“Alhamdullilah nampaknya rezeki ke sana. Drama ini merupakan kerjasama diantara penerbit Brunei dan Malaysia,”

katanya dan Tasha Shila adalah antara artis lain dari Malaysia yang terlibat.- Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: