Menyangka Pemandu Kereta Berhenti Berehat: “Saya ingatkan dia hanya pengsan kerana mabuk, tetapi sebaik memperlahankan kereta, saya lihat kepalanya berdarah,” kata Abdul Karim Ibrahim yang menemui mayat seorang lelaki dipercayai mati akibat dipukul dengan kayu besbol di Jalan Mahkota 1, Batu 5 1/2 Bangi, dekat sini, semalam.
Mayat Won Sin Keong, 42, yang ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap di tepi kereta BMW miliknya ketika Abdul Karim, 35, bersama isteri serta anaknya melalui jalan itu bagi keluar bersarapan kira-kira jam 7 pagi.
Menurutnya, mulanya dia tidak mengesyaki sebarang kejadian pelik kerana menyangkakan pemandu kereta tersebut berhenti untuk tidur atau berehat ketika lalu di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, apabila kami lalu semula di jalan sama bagi pulang ke rumah pada jam 7.50 pagi, saya mula mula curiga apabila mendapati kereta tersebut masih berada di situ.
“Sebaik memperlahankan kenderaan, saya terkejut apabila ternampak seorang lelaki terbaring dengan kepala berdarah,” katanya yang menghubungi polis bagi memaklumkan perkara tersebut. - Menyangka Pemandu Kereta Berhenti Berehat


{ 3 trackbacks }