China - Seorang model juga penyanyi berusia 12 tahun, Akama Miki telah meluahkan rasa cinta beliau yang mendalam terhadap Zhang Muyi,seorang penyanyi lelaki yang berusia 24 tahun.
Pengakuan terbuka Akama Miki itu telah berjaya menarik perhatian dunia internet di China.
Sementara itu, Zhang Muyi juga turut berkongsikan perasaan cinta beliau terhadap gadis 12 tahun ini di internet. Malah mereka juga berjanji untuk berkahwin apabila Akama Miki berusia 16 tahun.
Akama Miki mempunyai lebih 440,000 pengikut di laman sosial Sina Weibo tetapi hanya mengikuti perkembangan Zhang Muyi manakala Zhang Muyi pula dengan lebih 250,000 pengikut.
Kisah percintaan Akama Miki dan Zhang Muyi ini telah berjaya menarik perhatian banyak pihak. Walau bagaimanapun ramai yang berbeza pendapat tentang hubungan mereka.
Ada yang membuat andaian bahawa kisah cinta ‘unik’ ini hanya direka untuk melariskan jualan album mereka. Mungkin juga andaian itu benar kerana ibu Akama Miki enggan mengulas lanjut tentang perkara itu sebaliknya meminta wartawan merujuk kepada publicist beliau. - Info artis @ forblogger.net



{ 1 trackback }