Nabil Dijangka Dapat Anak Perempuan

by Harian Malaya on 5 September, 2012

in Info Artis

Share:

Nabil Dijangka Dapat Anak Perempuan : Begitulah info tentang Nabil yang dikatakan bakal menerima anak perempuan  menerusi laman web Ohbulan.

Nabil Dijangka Dapat Anak Perempuan

Meskipun Nabil Raja Lawak sentiasa sibuk menjalankan aktiviti seni, beliau masih tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Tambahan pula kini isterinya, Zira sedang hamil 6 bulan dan perkara ini membuatkan Nabil sering meluangkan masa bersama isterinya.

Memandangkan usia kandungan sudah menjangkau 6 bulan, jadi pihak OHBULAN! mengajukan soalan, adakah dia dan isteri ada melakukan proses ‘scan’ untuk mengetahui jantina bayi di dalam kandungan? Dengan senang hati Nabil menjawab ada, dan bayi di dalam kandunga isterinya adalah bayi perempuan.

“Kami ada buat scan, bayi tu adalah bayi perempuan. Jadi, untuk nama dalam perut saya panggil dia ‘Pia’ ataupun ‘Sofia’ sebab nama tersebut macam senang dan sedap mulut menyebut. Tapi itu untuk nama dalam perut je. Tak tahulah kalau dah keluar nanti saya nak bagi nama lain pulak,” ujar Nabil sambil tergelak.

Selain dari itu, Nabil turut menyuarakan hasrat, di mana apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata dan berada dalam keadaan pantang nanti, beliau ingin menggunakan khidmat profesional tukang urut tradisional untuk menjaga dan merawat isterinya sepanjang tempoh tersebut.

“Bila isteri saya dalam pantang nanti, saya nak gunakan khidmat profesional tukang urut tradisional. Saya nak dia jaga isteri saya sepanjang tempoh pantang 44 hari dan dia kena datang hari-hari sama ada siang ataupun malam.” ulas Nabil lagi.

Menurut Nabil lagi, sejak berbadan dua, isterinya menjadi seorang yang suka dan rajin memasak. Namun begitu, Nabil merasa lega kerana isterinya tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan pertama ini.

Hiburan @ forblogger

5.0

Previous post:

Next post: