Nabil sah anggota ketiga kumpulan Boboi

by Black Hat on 12 September, 2012

in Info Artis

Share:

Nabil sah anggota kumpulan ketiga Boboi : Semua peminat kumpulan Boboi sudah maklum siapa ahli kumpulan itu. Kumpulan Boboi yang terdiri dari Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik telah menghiburkan ramai penonton dan peminat rancangan Maharaja Lawak Mega yang lepas.

Namun tak lama lagi kemuculan Boboi bukan lagi berdua malah akan disertai dengan seorang lagi ahli baru iaitu peserta Raja Lawak musim ke-2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil. Afdlin Shauki telah mengesahkan sendiri berita ini malah beliau turut memberitahu pernyertaan Nabil atau nama gelarannya “boboi nge” (Boboi telinga) adalah sebagai anggota kekal.

Menurut Afdlin yang juga merupakan pengarah dan pelawak popular itu,tawaran itu dibuat selepas mendapat tahu Nabil masih lagi sedang berfikir sama ada mahu atau tidak untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM2) yang akan diadakan tak lama lagi.

Penyertaan Nabil bersama Boboi dirasakan tepat dan akan memberi gambaran baru pada peminat-peminat Boboi menerusi persembahan-persembahan mereka yang akan datang.

“Nabil pernah beberapa kali berkerjasama dengan saya menerusi filem sebelum ini.Saya dapat rasakan antara kami ada keserasian. Saya ada bertanyakan pada Nabil  sama ada dia nak menyertai MLM2 atau tidak. Dia beritahu yang dia masih sedang berfikir lagi. Nabil juga ada beritahu pada saya yang dia masih takut nak buat secara solo. Sebab cabaran nak cari idea tu mungkin lagi besar.

“Jadi saya tawarkan dia sertai Boboi. Dan dia kata ok. Apa yang saya nampak bila kami bertiga bergabung, golongan peminat tu lagi meluas. Kalau pengikut abang Harun lebih tertumpu pada golongan lebih berusia. Pengikut saya pula semi-berusia dan Nabil pula golongan muda remaja,jadi dalam persembahan-persembahan kami nanti pengisiannya lagi seimbang iaitu merangkumi semua kategori dari tontonan remaja hingga penonton berusia.

“Tentang nama panggilan kami pula,kalau saya Boboyot, Harun Boboi we. Nabil pulak Boboi nge (sebab telinga Nabil yang capang). Jadi gabungan ni juga boleh di kira kombinasi pelawak tiga generasi”, kata Afdlin ketika ditemui di sidang mediaLawak Ke, Der? 2 bertempat di Istana Budaya, semalam.- Hiburan @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: