Ngeri-Lelaki Maut, Kepala Digilis 4 Buah Kenderaan

by Harian Malaya on 18 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Ngeri-Lelaki Maut, Kepala Digilis 4 Buah Kenderaan : Seorang pemuda terkilan apabila gagal menyelamatkan seorang pengawal keselamatan yang tercampak ke atas jalan raya sebelum lelaki itu maut selepas dilanggar dan digilis empat buah kenderaan dalam kemalangan di Kampung Saujana, Setiu, kelmarin.

Lelaki Maut, Kepala Digilis 4 Buah Kenderaan

Dalam kejadian yang berlaku pada jam10 malam itu menyebabkan Mohd. Rafiezudin Razali, 20, maut selepas mengalami kecederaan parah dengan otaknya bersepai manakala sebahagian kepalanya pecah.

Seluruh badannya juga turut mengalami kecederaan parah.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit di Kampung Beris Tok Ku yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Saksi kejadian, Fathul Ammar Amsyar Hasbullah, 17, berkata, sebelum kejadian, dia yang menaiki sebuah kereta bersama dua rakannya berada di belakang motosikal yang ditunggang mangsa.

Google Tak Sekat Sepenuhnya Video Hina Nabi

Katanya, mangsa kemudian tercampak ke tengah jalan selepas melanggar sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan.

“Sebaik saya melihat mangsa tercampak, saya terus berhenti untuk membantunya selepas melihatnya mengerang kesakitan sambil memegang kepala.

“Tetapi, belum sempat saya bertindak, badan mangsa dirempuh dua buah kereta, masing-masing Perodua Viva dan Proton Saga dari arah Besut menyebabkan mangsa terseret sejauh kira-kira 10 meter,” ceritanya yang kesal tidak dapat membantu mangsa.

Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: