Ning Dedah Penyebab Beliau Sukar Hamil : Ning Baizura akhirnya mendedahkan penyebab kenapa beliau mengalami kesukaran untuk hamil.
Ning mendedahkan perkara itu ketika ditanya wartawan.
Lebih kurang dua tahun lepas saya dimaklumkan menghadapi masalah apabila terdapat gumpalan darah pada bahagian pundi kencing dan memerlukan saya menjalani pembedahan ketika itu. Ujar doktor yang merawat saya ketika itu, peluang untuk hamil sangat tipis.
Bagaimanapun selepas pembedahan, saya disarankan untuk mengamalkan pemakanan dan cara hidup sihat dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran, ikan, susu kambing dan makanan berasaskan soya.
Sehingga bulan Disember tahun lalu, saya masih terus mengambil ubat-ubatan atas nasihat doktor. Alhamdulillah, kini saya hamil dan ini anugerah Allah yang tidak ternilai apabila membuat pemeriksaan sekitar bulan Mei lalu.
Ning juga ditanya jika dia mengidam sesuatu yang pelik dan amalan petua ketika mengandung.
Katanya, sekarang saya masih mengamalkan makan tujuh biji buah kurma setiap hari selain melakukan senaman ringan. Saya belum mengidam yang pelik-pelik, cuma tiga bulan pertama hamil saya obses makan sayur.
Begitu juga dengan alahan, setakat ini saya belum mengalami mual-mual, pening atau muntah lagi.

