Nur Suryani Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

by MediaKini on 9 September, 2012

in Info Sukan

Share:

Nur Suryani Selamat Melahirkan Bayi Perempuan :Penembak wanita negara yang beraksi dalam keadaan hamil pada Sukan Olimpik London, Julai lalu, Nur Suryani Mohamed Taibi kini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira pukul 7.20 malam, semalam.

Bayinya yang dinamakan Dayana Widyan seberat 3.2 kilogram, dilahirkan dengan cara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Kata suaminya, Marhazli Mhotar yang ditemui di pusat tetrsebut, semalam, “Nur Suryani dimasukkan ke hospital sejak 11 pagi semalam, keadaan anak kami sihat dan cukup sifat.

“Kami berharap kehadirannya akan menyerikan hidup kami sekeluarga nanti,” katanya yang turut mengiringi isterinya bertanding dalam acara air rifle 10 meter Sukan Olimpik di Lapang Sasar Olimpik London, 28 Julai lalu.

Tambah Marhazli, kata doktor, Nur Suryani akan terus berada di pusat tersebut sehingga esok bergantung kepada keadaan semasa anak mereka. - Nur Suryani Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

5.0

Previous post:

Next post: