Share:
One Direction Dinobatkan Anugerah Artis Terbaik: Tahun 2012 merupakan tahun yang baik untuk kumpulan anak muda One Direction kerana mereka bukan sahaja baru memenangi kes mahkamah yang dibawa atas konflik penggunaan nama kumpulan, malah kumpulan yang berasal dari UK itu turut berjaya menggarap sebanyak 3 anugerah dalam sebuah majlis MTV Video Music Awards yang baru sahaja berlangsung semalam.
Ternyata lagu “What Makes You Beautiful” yang menjadi kegilaan ramai akhirnya membuka peluang kepada 5 finalis “The X-Factor” UK itu bagi membawa pulang ‘Moonman’ setelah memenangi “Anugerah Artis Terbaik”, “Anugerah Video Pop Terbaik” serta “Anugerah Video yang Paling Banyak Dikongsi”.
Persembahan yang diberikan One Direction pada Mjlis tersebut juga telah mencuri hati penonton yang pada mulanya hanya bertumpukan pada Rihanna.
Kemenangan yang diraih berjaya menewaskan saingan mereka seperti Frank Ocean, Fun dan Carly Rae Jepsen yang turut merupakan nama-nama baru yang sedang melonjak naik dalam dunia muzik dan juga nama besar seperti Justin Bieber dan Rihanna. - One Direction Dinobatkan Anugerah Artis Terbaik

