Padah Peragut Apabila Dibelasah Orang Ramai: Seorang penjenayah tegar bukan sahaja gagal melarikan barangan yang diragut malah dia juga cedera parah apabila dibelasah orang ramai yang geram dengan tindakannya menyamun seorang wanita di dalam lif flat Wisma Hock Ann, Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini semalam.
Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku sewaktu suspek berusia 30 tahun tersebut cuba melarikan diri setelah mencekik dan melarikan rantai leher, 2 bentuk cincin emas, loket serta telefon bimbit milik wanita tersebut yang kesemuanya bernilai RM2,800.
Mangsa yang berusia 33 tahun dan merupakan pekerja salon. Seorang saksi, Kamal Ngah, 57, berkata, orang ramai yang terdengar jeritan meminta bantuan kemudian ternampak suspek yang ketika itu cuba melarikan diri ke arah Masjid Jamek.
Katanya, peragut terbabit kemudian dapat diberkas ketika dia cuba menyelinap masuk ke lorong di belakang sebuah warung.
“Ketika kejadian, saya sedang minum dengan kawan-kawan di warung berhampiran sebelum melihat seorang lelaki telah diberkas dan dibelasah oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis,” ceritanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini. - Padah Peragut Apabila Dibelasah Orang Ramai
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA

