Padah tiru video Gangnam Style, 14 pekerja dibuang

by Black Hat on 10 September, 2012

in Info Terkini

Share:
Padah tiru video Gangnam Style, 14 pekerja dibuang Video Lifeguard Style undang kemarahan majikan penyelamat kolam renang di El Monte.

El Monte: Sekumpulan pasukan penyelamat kolam renang di sini menyangka usaha mereka beraksi menggunakan rakaman video rap muzik Korea Selatan, Gangnam Style,  akan mendapat pujian meleset apabila mereka 14 orang kesemuanya dibuang kerja.

Majikan mereka tidak bersetuju dengan perbuatan itu dan memecat 14 penyelamat kolam renang berkenaan yang bertugas di sini, pada minggu lalu.

Video hasil dari aksi 14 orang penyelamat kolam renang berkenaan Diberi tajuk Lifeguard Styl. Video lebih dua minit itu meniru gaya bintang pop Psy yang mempersembahkan Gangnam Style, rentak sensasi internet tahun ini.

Dalam aksi mereka, 14 penyelamat itu memakai pakaian renang merah dan meniru gaya Psy serta menyapu krim kulit sesama sendiri.

Dalam satu aksi yang disiarkan YouTube, seorang daripada mereka juga menari dengan seorang rakan di celah kangkang.

Disifatkan tak senonoh

Majikan mereka nyata tidak memberi sokongan atau terhibur dengan gelagat mereka dan menyifatkan ia tidak senonoh dan memalukan, kata salah seorang penyelamat terbabit, Gabriel Gonzalez kepada NBC.

Manakala pihak berkuasa perbandaran pula menjelaskan, kumpulan penyelamat itu bersalah menggunakan harta benda awam termasuk kolam renang dan pakaian mereka untuk kegunaan peribadi, menurut laporan.

Kumpulan penyelamat terbabit yang mahu bekerja semula di tempat sama sudah mewujudkan laman web di Facebook berjudul Bring Back The El Monte Aquatic Center 14, yang sudah mempunyai 584 peminat dan mendapat tandatangan sokongan hampir sama.

Kami rasa tidak adil kena dipecat menggunakan alasan itu, kata seorang lagi penyelamat, Alexander Huerta kepada CBS.

Setakat ini, lebih 359,421 pengguna sudah menonton aksi penyelamat terbabit di YouTube. – BERITA TERKINI via Agensi.

5.0

Previous post:

Next post: