Pakatan Rakyat Desak Gugur Hukuman Terhadap Pelajar

by Harian Malaya on 9 September, 2012

in Info Politik

Share:

Pakatan Rakyat Desak Gugur Hukuman Terhadap Pelajar Tunjuk Punggung : Pakatan Rakyat semalam mendesak kerajaan gugurkan semua hukuman ke atas pelajar yang memijak, menghina gambar PM pada malam Himpunan Janji Bersih.

Pakatan Rakyat Desak Gugur Hukuman Terhadap Pelajar Tunjuk Punggung

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) mendesak Putrajaya untuk mengugurkan semua hukuman terhadap pelajar yang memijak dan menghina potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, dengan mengatakan amaran lisan sudah cukup untuk memberikan pengajaran kepada pesalah.

Ahli parlimen berkata walaupun perbuatan tersebut tidak harus dibiarkan, pihak berkuasa perlu mengambil kira bahawa ianya dilakukan oleh remaja yang semata-mata gagal untuk mengawal emosi mereka di dengan baik.

Meneruskan dengan tindakan polis terhadap remaja tersebut, tambah ahli parlimen itu lagi, akan memalukan remaja tersebut dan memusnahkan masa depan mereka.

“Saya menuntut PM campur tangan dan beliau sepatutnya memaafkan kesalahan tersebut dengan hati terbuka,” kata naib presiden PKR, kata Nurul Izzah Anwar.

Ahli parlimen Lembah Pantai itu berkata, beliau sedih pelajar 19 tahun yang yang memijak potret itu telah dibuang dari kolej, sambil menambah ini boleh memusnahkan semua peluang-peluang pendidikan untuk masa depan beliau.

Pihak polis sebelum ini telah menangkap remaja itu untuk diambil tindakan terhadap beliau manakala seorang lagi remaja juga telah melangkah ke hadapan untuk mengakui kesalahan melakukan perbuatan menghina potret PM.

“Walau apa pun perbezaan pendapat saya dengan tindakan beliau, saya percaya dia berhak diberikan peluang kedua, terutama mengingati rakan-rakan dari Perkasa menikmati kehidupan yang baik dan perlindungan dari kerajaan hari ini,” kata Nurul.

Selain dari Nurul Izzah, ramai lagi ahli-ahli politik pembangkang yang lain membantah pihak berkuasa untuk bertindak begitu cepat menegur remaja tersebut dalam kejadian itu akan tetapi gagal untuk melakukan perkara yang sama terhadap mereka-mereka yang pro-Umno, pro-BN dan aktivis Perkasa apabila melakukan kesalahan sama.

Beliau bersetuju bahawa siasatan polis terhadap mereka yang terlibat dalam insiden gambar dipijak harus dilakukan di luar dan hukuman semua ditarik balik, sambil menambah permintaan maaf dan laporan media yang melaporkan tentang dua remaja tersebut sudah cukup sebagai pengajaran.

“Kita tidak menggalakkan orang lain untuk mengikuti jejak mereka, tetapi jika mereka dihukum dengan cara ini, sesungguhnya ia akan menjadi menyusahkan kerajaan dan ia akan terus mempertentangkan masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, memijak gambar Najib dan isterinya dianggap sebagai kesalahan di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak menganggu keamanan.

Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 290 boleh didenda sehingga RM400 manakala di bawah Seksyen 504 boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan menetapkan hukuman penjara mandatori tiga tahun atau denda sehingga RM5, 000 untuk pesalah kali pertama, yang kemudiannya dinaikkan kepada penjara lima tahun bagi kesalahan berulang.

POLITIK @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: