Pelajar Aksi Tala Punggung Gambar PM Ditahan Polis

by Black Hat on 4 September, 2012

in Info Politik

Share:

Pelajar Aksi Tala Punggung Gambar PM Ditahan Polis

Seorang dari 11 individu yang dikehendaki polis kerana melakukan kesalahan ketika Perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, 30 Ogos telah ditahan polis pagi tadi.

Pelajar tahun dua jurusan Multimedia Kreatif sebuah kolej swasta di Cheras ditahan sepasukan polis dari Bukit Aman pada jam 11 pagi tadi.

Pelajar berasal dari Johor itu dipercayai individu yang menunjukkan punggung pada gambar pemimpin negara.

Penahanan tersebut disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, D7 Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan tadi.

Difahamkan, pelajar terbabit dibawa keluarganya pulang ke kolej selepas menyembunyikan diri di kampung di Batu Pahat sebaik menyedari dirinya telah diburu polis.

Semasa Perhimpunan Ambang Merdeka Khamis lalu, sekumpulan peserta perhimpunan turut dikesan kerana memijak gambar pemimpin negara serta mempamerkan bendera baru bagi menggantikan Jalur Gemilang.

Semalam, pihak polis mengedarkan foto 11 invidivu yang dikehendaki kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang terlibat diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis – POLITIK @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: