Pelajar IPT Kini Semakin Berani :Keinginan untuk mencuba dan sikap “tidak apa” telah menjadi punca segelintir mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan maksiat sehingga mengundang bencana apabila terpaksa meninggalkan universiti atau menangguhkan pengajian kerana mengandung anak luar nikah.
Lebih mengejutkan, ada di antara mereka mengaku terlanjur dengan ramai lelaki selepas terpedaya dengan pujuk rayu si hidung belang yang bijak menyusun ayat memujuk.
Ikuti pengakuan 3 siswi, Fifi, Wati dan Irah yang kini terpaksa menghuni di rumah perlindungan wanita setelah hamil anak luar nikah.
Meskipun pernah melakukan hubungan terlarang dengan 5 teman lelakinya, Fifi (bukan nama sebenar), 25, tidak pernah hamil walau tidak menggunakan alat perlindungan kehamilan.
Bagaimanapun, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelaki keenam, siswi dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini terkedu apabila disahkan hamil setelah perutnya makin membesar dan tidak dapat disorokkan lagi. - Pelajar IPT Kini Semakin Berani

{ 1 trackback }