Pelajar SPM Terpaksa Tidur Di Surau, Asrama Terbakar

by MediaKini on 12 September, 2012

in Info Terkini

Share:

Pelajar SPM Terpaksa Tidur Di Surau, Asrama Terbakar: Seramai 429 pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Baharu, di sini termasuk sebahagian daripadanya akan menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terpaksa tidur di surau malam kelmarin, setelah blok asrama kediaman mereka terbakar.

Dalam kejadian jam 9.30 malam tersebut, 9 bilik asrama yang menempatkan pelajar lelaki di Blok K hangus dalam kebakaran tersebut, namun dilaporkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian, semua pelajar mengulang kaji pelajaran di dewan kuliah terletak kira-kira 100 meter dari asrama tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru, Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima maklumat kebakaran jam 9.36 malam dan sebaik tiba di lokasi api marak di tingkat atas bangunan 3 tingkat itu. - Pelajar SPM Terpaksa Tidur Di Surau, Asrama Terbakar

5.0

Previous post:

Next post: